Thursday, July 12, 2012

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS


Alam semesta berasal dari kepulan asap

Menurut kajian saintis, peristiwa Big Bang (fasa pertama) berlaku dalam 8 peringkat.

1- Plank epoch
2- Grand unification epoch
3- Electroweak epoch

Ketiga-tiga proses ini ialah Proses letupan.

4- Supersymmetry breaking
5- Quark epoch
6- Hadron epoch

Proses 4-5 ialah Proses Penyejukan dan penciptaan photon dan neutron.

Proses 1-6 berlaku selama kurang dari 1 SAAT selepas Big Bang.

7- Lepton epoch
8- Photon epoch

Proses 7-8 ialah Proses permulaan pembentukan galaksi, bintang, planet, etc. Terjadi selepas 1 saat dari Big Bang.

Semasa proses photon epoch, terjadi satu proses dipanggil Big-Bang Nucleosynthesis (BBN). Ianya berlangsung dari minit ke-3 selepas Big Bang hingga 20 minit selepas Big Bang. Gas-gas seperti Hydrogen, Deuterium, Helium (He-3 & He-4), Lithium (Li-6 & Li-7), dan banyak lagi isotope kimia mula terbentuk dan terjadilah teori Higgs Boson ketika ini. Teori BBN dihuraikan pada tahun 1940an oleh Ralph Alpher & George Gamow.

(1308 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M))

Wagoner, Rober V., (1973), “Big-Bang Nucleosynthesis Revisited”. Astrophysical Journal, Vol 179, Harvard

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Kemudian Ia (Allah) menunjukkan kehendakNya ke arah langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepada langit dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu,sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"
(Surah Fussilat: ayat 11)

No comments:

Post a Comment