Madrasah Tahfiz Al-Quran, Akademik & Kemahiran Komuniti, Kebajikan Untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (JAIP KS 283/2011)
Monday, July 30, 2012
Tuesday, July 24, 2012
AMALAN YANG DAPAT MEMBANTU KITA SETELAH KEMATIAN.....
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima
seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang
mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan
ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
"Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
P/S::~ JOM SAMA2 DIDIK ANAK2 KITA JADI ANAK SOLEH..AMIN
Monday, July 23, 2012
Agenda Ramadhan
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ
رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا
Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan
! Jom persiapkan diri sehabis baik
:Sumber
Allahumma Ballighna Ramadhan!
Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ;
"Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
[Hadith riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi]
Rasulullah saw telah mendidik para sahabat dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan.
Ini terbukti apabila mereka berdoa selama 6 bulan sebelum Ramadhan dengan harapan dapat agar bertemu dengannya dan 6 bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan yang istimewa ini.
Saudara-saudari yang dikasihi, bagaimana pula dengan persiapan kita hari ini?
Sumber:
Jadual Jaga Hubungan Dengan Allah
Mari lah kita print satu sorang jadual nih..sebagai rujukan diri sendiri sempena Ramadhan ni. Gunakan bulan ramadhan dengan sebaiknya untuk melakukan extra ibadah kpd Allah.
Semoga keistiqomahan kita beribadat di bln puasa nanti mendapat keredhaan dan ganjaran pahala yg besar disisi Allah..jgn lepaskan peluang yg sekali dlm setahun nih.
Kalau ada nak edit utk tambah jenis ibadat, itu lebih baik kerana tak semuanya tercatat di jadual.
Wednesday, July 18, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Thursday, July 12, 2012
SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS
Alam semesta berasal dari kepulan asap
Menurut kajian saintis, peristiwa Big Bang (fasa pertama) berlaku dalam 8 peringkat.
1- Plank epoch
2- Grand unification epoch
3- Electroweak epoch
Ketiga-tiga proses ini ialah Proses letupan.
4- Supersymmetry breaking
5- Quark epoch
6- Hadron epoch
Proses 4-5 ialah Proses Penyejukan dan penciptaan photon dan neutron.
Proses 1-6 berlaku selama kurang dari 1 SAAT selepas Big Bang.
7- Lepton epoch
8- Photon epoch
Proses 7-8 ialah Proses permulaan pembentukan galaksi, bintang, planet, etc. Terjadi selepas 1 saat dari Big Bang.
Semasa proses photon epoch, terjadi satu proses dipanggil Big-Bang Nucleosynthesis (BBN). Ianya berlangsung dari minit ke-3 selepas Big Bang hingga 20 minit selepas Big Bang. Gas-gas seperti Hydrogen, Deuterium, Helium (He-3 & He-4), Lithium (Li-6 & Li-7), dan banyak lagi isotope kimia mula terbentuk dan terjadilah teori Higgs Boson ketika ini. Teori BBN dihuraikan pada tahun 1940an oleh Ralph Alpher & George Gamow.
(1308 tahun selepas Rasulullah saw wafat(632M))
Wagoner, Rober V., (1973), “Big-Bang Nucleosynthesis Revisited”. Astrophysical Journal, Vol 179, Harvard
Bukti Al-Quran mendahului sains:
Kemudian Ia (Allah) menunjukkan kehendakNya ke arah langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepada langit dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu,sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"
(Surah Fussilat: ayat 11)
Ikhlaskan Hati Kerana ALLAH
hati kosong : tempat syaitan bersarang..
jiwa gelisah : tempat syaitan berpesta..
keras hati : akibat banyak syaitan di dalamnya..
gelap hati : hasil didikan syaitan..
Dan sampai ke suatu tahap,
kena PAKSA DIRI untuk melakukan amal ibadah..
menunggu hadirnya KEIKHLASAN, takut-takut tidak sempat..
orang lain terlebih dahulu mengikhlaskan diri untuk membawa JENAZAH kita ke tanah perkuburan..
AMALAN yang dilakukan secara BERTERUSAN akan menghadirkan keikhlasan tanpa sedar, InsyaAllah..
kerana Dia sahaja yang mampu membolak balikkan hati hambaNya..
Jika hati keliru, tidak tenang dan terasa kosong..
maka, CARILAH Allah kerana hanya bersamaNya akan wujudnya KETENANGAN..

Wednesday, July 11, 2012
Green Seed Muslim Product
Menjual produk-produk Muslim Niaga. Maklumat lanjut layari : http://greenseed.mnmall.me/ Senarai harga produk : http://greenseed.mnmall.me/index.php?page=content&id=senarai_harga_produk_mengikut_kategori |
Allah SAKSI Segalanya
Allah SAKSI segalanya,
pejamkan mata.
pekakkan telinga,
KUATKAN HATI..
biar air mata itu mengalir..
Dan..teruslah MENANGIS jika itu dapat membuatkan hati menjadi LEGA..
jika itu dapat membuatkan hadirnya KETENANGAN..
jika itu dapat membuatkan jiwa BERLAPANG DADA..
jika itu dapat membuatkan diri berasa lega..
dan, menangislah..
mengadulah padaNya kerana Allah lebih mengetahui..
Allah maha mengetahui sedangkan kita tidak..Allah pemilik hati kita..
Adalah masanya untuk TIDAK MENGHARAP lagi pada dia..
adalah masanya untuk FOKUS pada perkara lain..
adalah masanya di mana JANJI Allah itu benar..
dan Allah itu sentiasa bersama-sama kita..
EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER..YA ALLAH, EASE MY WAY..

Tuesday, July 10, 2012
Berpegang Kepada Allah
Disetiap kegelapan pasti ada setitik terang
Disetiap DOA selalu ada jawapan
Disetiap kesukaran akan ada kemudahan
Disetiap ketidakmungkinan slalu ada keajaiban....
BERTAHANLAH!
BERSABARLAH duhai jiwa!
Tetap Tabahkan hatimu....
Kelak disaat yg tepat bahagia itu akan kau dapati.........
(Insya Allah)
"Maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji ALLAH itu benar "
(Q.S Al-Mukmin:55)
Setiap Resahmu slalu ada TANGAN kukuh yg tetap Sedia Menjadi tempat sandaran dan berpegangmu
Hanya dengan ALLAH ketenangan itu ada....
http://www.facebook.com/MadrasahAlFatihah

Monday, July 9, 2012
Ujian ALLAH Untuk Kita
Kadangkala, kita DIUJI dengan KARENAH manusia..
kita bertanya diri :
"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"
Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..
ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK,
walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?
TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat pada orang lain,
apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita..
Diuji dan dapat PAHALA,
sekali dengan pakej ‘PENGAJARAN’ yang tidak diajar di mana-mana..
di saat orang lain buat jahat pada kita,
MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..
teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..
hanya Dia..
♥
Sahabat ibarat CERMIN kita..
contoh bila kita tengok cermin,
kita nampak tudung kita tidak betul,
kita BETULKAN jadi nampak elok..
macam itulah sahabat,
dia melihat silap kita lalu perbetulkan dan mengingatkan silap kita..
bukan terus menghina dan melemparkan kata-kata sinis kepada kita..
nilailah sahabat kita, yang BAIK, teruskan jadi TAULADAN..
yang buruk harus DITINGGALKAN..:)

Saturday, July 7, 2012
Ya Allah Azza Wa Jalla..
sayangilah dia..
Rahmatilah dia..
ampuni dosanya..
dekaplah dia dalam dekapan kasih-Mu..
tetapkanlah hatinya pada agama-Mu..
indahkan peribadinya dengan iman dan taqwa..
Kurniakan dia taufiq dan hidayah-MU..
Kerana namanya terlakar INDAH di satu sudut hatiku..
dan di dalam bisikan do'aku pada-Mu ..
"Orang muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam,
akan disambut malaikat dengan berkata:
SEMOGA UNTUKMU JUGA."
(HR. Muslim)

Thursday, July 5, 2012
Promosi Minuman Pati Alga Mekah
Mari sama-sama kita membeli sambil menderma demi menjaga kesihatan dengan meminum
"MINUMAN PATI ALGA MEKAH"
RM 30 untuk setiap botol dan 10% dari jumlah belian akan disalurkan terus ke
MADRASAH AL FATIHAH
Maklumat lanjut hubungi Cikgu Mizan - 013 913 5999
Untuk pembelian secara pos sila bank in ke akaun 06037010032142-BIMB
atas nama
"MIZAN ELECTRICAL & CIVIL ENGINEERING"
Segala kos penghantaran ditanggung oleh pembeli.
Sebaik-baik HARI adalah :
yang membuatmu semakin PEMAAF..
yang memberikanmu ILMU PENGETAHUAN yang baru..
yang mencegahmu BERBUAT DOSA..
yang membuatmu SEMAKIN BIJAKSANA..
yang menghadiahkanmu SEMANGAT dan TEKAD yang kuat di dada..
InsyaAllah.
hanya kerana Allah.
Jika tidak ditimpa hujan yang lebat, hujan yang RENYAI pun cukuplah..
tetaplah BERSYUKUR dan terus BERSABAR dengan nikmat kurniaan Allah..
Begitu juga dengan REZEKI yang kita perolehi dalam sehari-hari..
walaupun sedikit,
walaupun kurang,
walau tidak seberapa..
maka tetaplah BERSYUKUR kerana Allah masih memberikan NIKMATNYA pada kita..
biar sedikit, tetapi HALAL dan menambah BERKAT dalam kehidupan..
terus usaha dan usaha,
moga Allah REDHA..
Wednesday, July 4, 2012
Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban
Petikan Fatwa Fadhilah
Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi
Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”
-tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Sumber :
Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

Ingatlah Rasulullah
...Jika anda pernah bersedih, ingatlah kesedihan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Jika anda pernah dizalimi, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah dicederakan dan cuba dibunuh kerana Islam.
Jika anda difitnah, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dituduh dgn segala kata nista.
Jika anda susah, ingatlah kekasih Allah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, makhluk paling sempurna juga pernah bersusah payah untuk ummatnya.
Jika anda sedih, difitnah, dizalimi, dituduh dan berasa susah, cukuplah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai motivasi.
Benarlah Baginda صلى الله عليه وسلم rahmat buat seluruh alam...
"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati , kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman." ALI-Imran : 139

Tuesday, July 3, 2012
Majlis Menyambut Menantu Di Madrasah Al Fatihah
Pada 30/06/2011 Majlis menyambut menantu di adakan di Madrasah Al Fatihah.Tepat pukul 12.00 tgh ari pengantin tiba dan disambut oleh sekumpulan nasyid yang dianggotai oleh pelajar-pelajar madrasah di sini.
Selamat Pengatin baru buat Firdaus & Nur...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..amiiinn...
Sesungguhnya budi baik orang-orang Kampung Bukit Genting, Jerantut, Pahang yang banyak membantu amat kami hargai dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir

Subscribe to:
Posts (Atom)