Friday, June 29, 2012

*MUHASABAH DI PAGI JUMAAT*


Di sini Allah AJARKAN,
tentang MASA..
tentang SABAR,
Dia juga ajarkan bahawa tiada yang mustahil dengan izinNya..
jika Dia hadiahkan BEBAN dan TANGUNGJAWAB itu kerana Dia RINDU,
itu kerana Dia CINTA dan itu kerana mungkin kita sudah lupa..
jadi Dia TARIK kita kembali untuk ingat pada Dia dan jika Allah tahu kita mampu,
siapa kita untuk MENIDAKKAN kebijaksanaanNya?

Dan di saat itu..
"CUBA KAMU LIHAT LANGIT"
..subhanAllah, cantiknya langit, biru sebirunya..
."Ya Rabbussamawati wal ardh,
LAPANGKAN ISLAMKU selapang langit biru",
manisnya Allah bila MEMUJUK HATI..

Lihat luar jendela,
cantikkan LANGIT Allah?
Sedang langitNya begitu indah,
tentu Allah lebih TERSANGAT CANTIK..
jika kamu INGIN lihat Allah,
kena RAJIN, rajin MENGHAYATI ILMU Dia..
menerusi ilmu itu kita dapat kenali Dia,
kerana ada yang kata..
tidak kenal maka tidak cinta..
maka jika tidak cinta,
mungkinkah LAYAK diri ini bertemu denganNya?



Apabila bertemu dengan ORANG JAHIL,
anggaplah mereka LEBIH MULIA daripada kita kerana mereka melakukan DOSA dalam kejahilan..
sedangkan kita melakukan DOSA dalam keadaan MENGETAHUI..

Tabarakallah..


salam jumaat

Thursday, June 28, 2012

Iklan Madrasah Al-Fatihah dalam Majalah Anis, Majalah i & Majalah Anjung Seri (Keluaran Jun 2012)







http://www.facebook.com/MadrasahAlFatihah

Sahabat, Kelebihan Solat Sunat Dhuha ツ

•••►Dari Abu Zar r.a dari Nabi saw sabdanya: 
★"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
>setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
>setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
>menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
>melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
>dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha."
(Riwayat Muslim)

•••►Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
★“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

★“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

dan banyak lagi fadilat dan kelebihan2nya.

•jangan lepaskan peluang ini bila ada masa..terus buat...
do the action...
Jom Solat Dhuha! ^_^



Wednesday, June 27, 2012

Ucapkanlah "Alhamdulillah"






Mereka bertanya kepadaku : “Apa khabar?”
Lantas ku jawab: “ALHAMDULILLAH...”

Maka mereka menyangka bahawa aku sedang DALAM KEGEMBIRAAN..mereka lupa bahawa kita perlu BERSYUKUR kepada Allah semasa GEMBIRA ATAU DUKACITA..

Alhamdulillah ketika kita BERSEDIH..
Alhamdulillah ketika DUNIA MENGHIMPIT KITA..
Alhamdulillah ketika kita CERIA..
Alhamdulillah ketika kita SAKIT..
Alhamdulillah ketika kita REDHA dengan ketentuan..
Alhamdulillah ketika kita SELESA..
Alhamdulillah dalam SETIAP PERKARA dan KEADAAN..

Alhamdulillah, Allah masih beri PELUANG..

#Terima kasih Allah ♥


Sumber:

Istighfar


Istiighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.
Ia merupakan tradisi ritual Islam yang sangat fundamental.
Sebab dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW.
Sejumlah ayat tentang Istighfar banyak dikutip al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW, misalnya:
"Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya...(QS. 3:135).
"Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat." (QS. 110:3)
"...dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar." (QS. 3:17).
"Maha Suci Engkau Wahai Allah, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih." (HR. al-Hakim).
"Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka." (HR. Abu Dawud dan Nasa'i).
"Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku beristighfar seratus kali setiap hari." (HR. Muslim).
"Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal 'Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya)." (HR. at-Tirmidzi).
Terjemahan Istighfar: "Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung"
Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga selama ini kita sebut istighfar mencapai makna-maknanya. 
Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.
Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, berarti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia..
Sumber:

Tuesday, June 26, 2012

Cara Termudah Khatam Al-Quran Dalam 30 Hari


"Pada zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”

(HR al-Bukhari)

Pesanan ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.

Orang-orang soleh dari kalangan para sahabat, tabi`in, tabi`ut tabi`in, salafussoleh dan selepas zaman mereka sentiasa dalam masa ke semasa khatam al-Quran. Mereka bukan sekadar baca dan faham. Malah mentadabburnya dan menghidupkan inti al-Quran. Kita wajar mencontohi sifat mereka yang mulia itu.

Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mengkhatam lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Namun mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Asy-Syafi`i diriwayatkan khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Ma sha’ ALLAH! Jauhnya kita. Lemahnya kita.

>
Al-Quran adalah manual hidup manusia!

Khatam Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Di sini ingin saya berkongsi sedikit cara yang biasa diamalkan oleh para muslimin hari ini untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. Cara ini adalah cara yang paling mudah, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Tinggal sahaja keazaman dan kerajinan.

Berikut caranya:

Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

  • 2 muka surat sebelum solat fardhu
  • 2 muka surat selepas solat fardhu
Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.


Poster menerangkan cara paling mudah/praktikal untuk khatam
untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari (sila sebarkan!)

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran. Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham. SubhanALLAH!

Semoga kita diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH Ta`ala, amin…


Sumber:

Monday, June 25, 2012

Peristiwa Bulan Sya'ban: Meneladani Peristiwa Pertukaran Qiblat

"Hari-hari Allah itu sememangnya perlu diperingatkan sesama kita Umat Islam kerana kita ini alpa. Tambahan pula dengan fitnah penggunakan kalendar Gregorian Miladi atau Masehi itu menjadikan umat Islam semakin jauh dan tercuai daripada mengingati ‘hari-hari Allah’.

Menjelangnya Rejab dan Shaaban, umat Islam selalunya lazim memperkatakan tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Namun, terdapat suatu lagi peristiwa yang besar dan penting kepada kita semua di mana riwayat Sahih al-Bukhari secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa ia berlaku sama ada pada pertengahan bulan Rejab atau pun Shaaban, kira-kira 16 atau 17 bulan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW; sejurus sebelum berlakunya Peperangan Badar al-Kubra pada tahun kedua Hijrah itu. Peristiwa yang dimaksudkan itu adalah perpindahan Qiblat daripada Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Makkah.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada al-Barraa’, beliau berkata:

“Apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda bersolat di dalam keadaan mengadap ke arah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan tetapi Baginda SAW amat suka seandainya Baginda berpeluang untuk bersolat mengadap ke arah Kaabah. Lalu Allah SWT menurunkan ayat “Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan wajahmu ke langit”[surah al-Baqarah ayat 144]. Maka berkata-katalah orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia dan mereka itu adalah Yahudi, “Apakah yang telah memalingkan orang-orang Islam itu daripada qiblat mereka sebelum ini?” Lalu Allah SWT menjawab dengan menyatakan “Bagi Allah itulah timur dan barat”.



“Orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia (iaitulah Yahudi) akan berkata (dengan ejekan): Apakah yang telah memalingkan mereka (orang-orang Islam) itu daripada qiblat mereka sebelum ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Bagi Allah itulah Timur dan Barat, Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan yang lurus {142} Dan (sebagaimana Kami tunjukkan kamu jalan yang lurus dengan berqiblatkan Kaabah), begitu jugalah Kami jadikan kamu sebagai umat yang ‘bersifat sederhana dan pertengahan’ agar dengan itu kamu menjadi saksi ke atas manusia. Manakala Rasulullah SAW itu pula, dia menjadi saksi bagi kamu.

Dan tidaklah Kami jadikan qiblat kamu sebelum ini melainkan Kami ketahui siapa yang mengikut perintah Rasul dan siapa pula yang memalingkan lehernya (ingkar). Sesungguhnya perintah itu adalah amat berat melainkan bagi mereka yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Dan tidaklah sekali-kali Allah menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah itu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya (kepada orang-orang yang beriman) {143}”




“Dan Kami sering melihat kamu mendongak-dongakkan kepalamu ke langit. Maka (pada hari ini) Kami tukarkan bagi kamu ke arah Qiblat yang kamu suka. Oleh yang demikian, hadapkanlah wajahmu ke Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada maka hendaklah kamu mengadap ke arahnya. Sedangkan mereka yang telah diberikan al-Kitab (Yahudi) itu benar-benar tahu bahawa hal ini adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan tidaklah Allah SWT alpa terhadap apa yang mereka lakukan. {144} Dan sekiranya kamu datangkan segala bukti kepada mereka yang telah diberikan al-Kitab kepadanya (Yahudi), tidaklah mereka itu mengikut Qiblat kamu. Dan kamu juga tidak akan sekali-kali mengikut Qiblat mereka. Bahkan mereka sesama mereka juga tidak mengikut Qiblat antara satu dengan yang lain.

Dan sekiranya kamu mengikut hawa nafsu mereka selepas datangnya kepada kamu pengetahuan, maka sesungguhnya kamu adalah dari golongan yang zalim. {145} Mereka yang Kami berikan al-Kitab itu (Yahudi dan Nasrani), mereka mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka. Akan tetapi sebahagian daripada mereka itu senantiasa menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui. {146}Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali kamu tergolong dari kalangan orang yang zalim. {147}”

CINTA NABI KEPADA KAABAH, QIBLAT IBRAHIM

Ketika di Makkah, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW bersolat di bahagian selatan Kaabah supaya Baginda SAW mengadap Baitul Maqdis sebagai perintah Allah, dan dalam masa yang sama Baginda SAW mengadap Kaabah, Qiblat Nabi Ibrahim A.S yang dikasihinya. Apabila Baginda SAW dan umat Islam berhijrah ke Madinah, Allah memerintahkan supaya solat dilakukan secara mengadap ke Baitul Maqdis. Tujuannya adalah supaya dengan ibadah yang dilakukan seumpama ini, ia akan membolehkan Nabi SAW melembutkan hati orang-orang Yahudi di Madinah untuk menerima Islam. Ia juga sebagai isyarat bahawa Syariat yang dibawa oleh Baginda SAW adalah sama dengan risalah yang diseru oleh Nabi-nabi Bani Israel seperti Musa dan Isa Alayhima as-Salaam.

Akan tetapi sifat mulia yang ditunjukkan oleh Baginda dan umat Islam itu, tidak langsung menggerakkan hati orang-orang Yahudi untuk menerima Islam, bahkan mereka mengejek-ngejek Baginda SAW. Kata mereka “Muhammad itu menentang agama kita, tetapi dalam masa yang sama mengadap Qiblat kita pula. Kalaulah agama kita tidak ada, nescaya Muhammad itu tidak tahu ke arah Qiblat mana dia mahu bersolat!”

Kata-kata seumpama ini amat melukakan hati Nabi SAW. Sehingga diriwayatkan bahawa Nabi SAW menyebut, “aku amat suka jika Allah SWT menghindarkan aku daripada Qiblat Yahudi itu (Baitul Maqdis)”.



Sumber:
http://silverheritage.blogspot.com/2012/06/peristiwa-bulan-syaban-meneladani.html

Berbahagialah Dengan Ujian Hidup

Abdul Malik bin Abjar berkata :
"Manusia pasti diuji dengan kesehatan untuk dilihat bagaimana wujud syukurnya, atau diuji dengan musibah untuk dilihat bagaimana wujud sabarnya." (Shifatush Shafwah : 3/123).

http://www.facebook.com/pages/Menuju-Hari-Lebih-Bermakna/209926689035016

~10 perkara yang hendaknya direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah atau ujian~

Pertama : Yakinlah bahwa selain andapun juga diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan…, ada yang diuji dengan harta, jabatan, dan kekuasaan…ada yang diuji dengan istri yang berakhlak buruk…, ada wanita yang diuji dengan suami bejat…, ada wanita yang diuji dengan mertua jahat…, ada yang diuji dengan ibunya…, dan terlalu banyak model ujian yang menimpa manusia. Maka anda sebagaimana manusia-manusia yang lain yang juga ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam

Kedua : Sabarlah dengan ujian yang sedang anda hadapi…, Alhamdulillah anda masih bisa memikulnya. Bisa jadi jika anda diuji dengan ujian yang lain maka anda tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahwa tidaklah Allah menguji kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi oleh seorang hamba

Ketiga : Terkadang syaitan membisikkan kepada anda bahwa ujian yang anda hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk anda pikul…maka ingatlah bahwa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang anda hadapi

Keempat : Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan derajat??

Kelima : Bahkan bisa jadi Allah menghendaki anda untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di surga yang tidak mungkin anda peroleh dengan hanya sekedar amalan-amalan sholeh anda. Amalan sholeh anda tidak cukup untuk menaikan anda ke tempat tinggi tersebut. Anda tidak akan mampu untuk sampai ke tempat tinggi tersebut kecuali dengan menjalani ujian-ujian yang tidak henti-hentinya untuk mengangkat derajat anda

Keenam : Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu butuh kepada Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam sholat…kita baru bisa merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…kita baru bisa merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.

Ketujuh : Ingatlah…dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Karena tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahwa diri kita hebat selalu beruntung. Jangan sampai kita salah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan Allah kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya sang hamba dengan musibah. Bahkan perkaranya justru sebaliknya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

إِنَّ اللهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلاَهُمْ

“Jika Allah mencintai sebuah kaum maka Allah akan menguji mereka” (Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 146)

Kedelapan : Berhusnudzonlah kepada Allah, yakinlah bahwa dibalik ujian dan musibah yang menimpamu ada kebaikan dan hikmah. Justru jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpamu maka akan lebih buruk kondisimu. Allah berfirman :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ

“Dan boleh jadi kalian membeci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian” (QS Al-Baqoroh : 216)

Kesembilan : Bahkan bisa jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut bahkan mendatangkan banyak kebaikan. Allah berfirman:

فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلُ اللهُ فِيْهِ خَيْرًا كَثِيْرًا

“Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak” (QS An-Nisaa : 19)

Kesepuluh : Ingatlah bahwasanya tidak ada istrirahat total…kegembiraaan total…kecuali di akhirat kerak. Selama anda masih hidup di dunia maka siap-siaplah dengan ujian yang menghadang. Bersabarlah…tegarlah…demi meraih ketentaraman dan kebahagiaan abadi kelak di surga. Ada orang awam yang berkata, “Kalau mau hidup di dunia harus siap diuji, kalau tidak mau diuji ya…jangan hidup di dunia !!!”

Kota Nabi -shallallahu 'alaihi wa sallam-, 30-03-1433 H / 22 Februari 2011 M

Abu Abdilmuhsin Firanda Andirja

Baca selengkapnya: http://www.firanda.com/index.php/artikel/35-amalan-hati/269-10-renungan-bagi-yang-ditimpa-ujianmusibah

Friday, June 22, 2012

Sumbangan Berbuka Puasa Sunat Hari Khamis Dari "Aznita 3A Enterprise"











Jutaan terima kasih kepada Kak Ita sekeluarga,Kak Ani sekeluarga & kepada semua yang sudi membantu menyediakan juadah berbuka puasa bagi pelajar-pelajar di sini.Kami membuka peluang kepada orang ramai untuk memberi sumbangan dari segi kewangan, makanan, keperluan harian, peralatan pembelajaran ataupun dalam apa jua bentuk sumbangan. Anak-anak fatihah sentiasa mendoakan kesejahteraan, murah rezeki & panjang umur kepada semua yang sudi menolong & menghulurkan bantuan. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada semua.

Jazakumullah Khairan Kathira...
KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN.
KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahawa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.
KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahawa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.
Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,
Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.
Tetapi ketika kita mampu dan mahu MENERIMA semua KEKURANGAN DAN KELEBIHAN...




Thursday, June 21, 2012

Penderma Paling Kecil Yang Sudi Menderma Kepada Anak-Anak Madrasah Al-Fatihah



Ribuan terima kasih kepada adik Siti Aishah & Nuril Amira kerana sudi menderma kepada Madrasah Al-Fatihah.

Majlis Kenduri Aqiqah Di Madrasah Al-Fatihah