Madrasah Tahfiz Al-Quran, Akademik & Kemahiran Komuniti, Kebajikan Untuk Anak Yatim & Fakir Miskin (JAIP KS 283/2011)
Tuesday, October 16, 2012
Membuang masa lebih teruk dari kematian
"Membuang masa lebih teruk dari kematian, kerana kematian memisahkan engkau dari dunia sedangkan membuang masa memisahkan engkau dari Allah." (Ibn Al-Qayyim)
Jom Solat Berjemaah!
Didiklah dirimu, keluargamu, saudaramu, dan bangsamu untuk solat berjemaah.
Padanya kelebihan dan ganjaran yang banyak, ia sebuah syiar orang beriman, simbol kualiti sebuah masyarakat, dan sebagai tanda kekuatan Umat.
Berperananlah di setiap tempat. Ayuh !
Membangun Umat Beragenda !
Tuesday, October 9, 2012
Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan
Hadith:
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Riwayat Muslim
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.
Riwayat Muslim
Huraian :
- Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
- Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
- Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
- Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Ilmu lebih baik daripada harta
15 Ilmu lebih baik daripada harta
1. Ilmu adalah warisan para Nabi, manakala harta adalah warisan para raja dan orang kaya.
2. Ilmu akan menjaga pemiliknya, manakala pemilik harta menjaga hartanya.
3. Ilmu adalah penguasa atas harta, tetapi harta tidak berkuasa atas ilmu.
4. Harta akan habis bila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah jika diajarkan.
5. Apabila mati, pemilik akan meninggalkan hartanya, tetapi ilmu akan masuk bersamanya ke dalam kubur.
6. Harta dapat diperolehi oleh semua manusia, sama ada mukmin, kafir, baik atau jahat. Tetapi ilmu yang bermanfa’at hanya dapat diperolehi orang-orang yang beriman.
7. Mereka yang berilmu diperlukan oleh pemerintah dan selain darinya, tetapi pemilik harta hanya diperlukan oleh orang miskin.
8. Jiwa akan mulia dan bersih dengan mengumpulkan ilmu dan berusaha memilikinya, sedangkan harta tidak membersihkannya, tidak menyempurnakannya bahkan tidak menambah sifat kemuliaan.
9. Harta mengajak jiwa kepada bertindak sewenang-wenangnya dan sombong, manakala ilmu mengajaknya untuk merendah diri dan melaksanakan ibadah.
10. Ilmu membawa dan menarik jiwa kepada kebahagiaan yang Allah ciptakan untuknya, sedangkan harta adalah penghalang antara jiwa dan kebahagiaan tersebut.
11. Kekayaan ilmu lebih mulia dari kekayaan harta kerana apabila kekayaan itu musnah menjadikan pemiliknya miskin, tetapi kekayaan ilmu tidak perlu dikhuatirikan kefakirannya malah ia akan terus bertambah menjadikan ia kekayaan yang paling tinggi.
12. Mencintai ilmu dan mencarinya adalah pokok segala ketaatan, manakala cinta terhadap dunia dan harta serta mencarinya adalah pokok segala kesalahan.
13. Nilai orang kaya terletak pada hartanya, apabila harta itu lenyap maka lenyaplah nilainya. Tetapi nilai orang berilmu ada pada ilmunya, nilainya dirinya itu tetap tinggi bahkan terus bertambah.
14. Dengan ilmu manusia membuat ketaatan kepada Allah, sedang disebabkan harta kebanyakan manusia berbuat maksiat kepada Allah.
15. Orang kaya harta selalu merasai takut dan sedih, ia merasa sedih sebelum mendapatkannya dan takut setelah memperolehinya, setiap kali harta bertambah perasaan takutnya juga kian bertambah. Manakala orang yang kaya ilmu merasai aman, kebahagian dan kegembiraan.
Thursday, September 27, 2012
Friday, September 21, 2012
Thursday, September 20, 2012
Wednesday, September 5, 2012
Monday, August 13, 2012
Friday, August 10, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)