Sunday, February 15, 2015

PELUANG MENAMBAH SAHAM AKHIRAT WAKAF TANAH DAN BANGUNAN



Assalamualaikum

Tuan / puan yang dihormati, terlebih dahulu kami memperkenalkan bahawa Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau ringkasnya MABIQ adalah Maahad Tahfiz Al-Qur’an dan Akademik Kebajikan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.

Sukacita dimaklumkan bahawa MABIQ kini sedang mendirikan sebuah bangunan serbaguna 3 tingkat untuk kemudahan pelajar menghafal Al-Qur’an, asrama, dewan kuliah dan lain-lain. Kami dengan hormatnya mengalu-alukan tuan / puan membeli saham akhirat untuk bangunan di maahad kami yang memerlukan perbelanjaan RM 600,000.00 (Enam Ratus Ribu Ringgit Sahaja) di MABIQ Pantai Sepat, Lot 2087 Jalan Pantai, Kampung Sepat, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur Malaysia.

AKAD WAQAF : Bismillahirahmanirrahim, adalah saya dengan ini membeli tanah atau bangunan ini sebanyak __________ kaki RM : ___________ dan saya wakafkan kepada Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran ( MABIQ) kerana Allah Taala.

TAWARAN MEMBELI DAN MEWAKAFKAN REHAL